Assalamualaikum wbt.
Okay, tajuk minggu ini kisah pasal move on. Bila dah terasa kehilangan mestilah sedih dan susah untuk memaksa diri keluar dari kepompongan sedih tu. Aku terfikir nak cerita move on dalam kisah friendship, maksud aku true friendship, yang kawan bukan main-main. Yang ini kadang-kadang bagi aku lagi susah nak move on lebih-lebih lagi kalau persahabatan itu memang dah lama terjalin bukan setakat 2 3 tahun lamanya. Sebab aku sendiri ada pengalaman dalam hal ini dan aku sendiri mengaku walaupun dah lebih kurang tiga tahun berlalu tapi aku still merangkak lagi nak move on. But now is better than last year. Lebih kurang 2 tahun jugak, aku ambil masa buat keputusan untuk move on betul-betul. Yelah.. sampai bila kau nak sedih-sedih sedangkan hidup terlalu singkat untuk bersedih. Kawan-kawan kau pun happy je hidup tanpa kau di sisi takkan kau tak boleh.
Tetap terasa sangat rugi persahabatan yang dibina selama 6 tahun tanpa cacat cela, tanpa sebarang pergaduhan akhirnya terputus tanpa adanya kata-kata akhir daripada mereka. Sampai sekarang aku masih tidak faham apa rasionalnya perkara ini boleh terjadi, tapi mungkin sebenarnya selama ini aku tidak pernah serasi dengan mereka. Terlalu banyak pahit manis dalam persahabatan ini tapi sayang umurnya tak panjang. Peritnya rasa hati ini memilirkan yang seolah-olah aku tidak pernah wujud dalam diari kehidupan mereka hanya tuhan saja yang tahu.
Tapi, sebenarnya yang membuatkan kita susah nak move on adalah disebabkan memori-memori yang ditinggalkan oleh pengalaman tersebut, kan? Memori-memori itu yang membuatkan kita semakin hari semakin sedih apatah lagi bila lihat kehidupan orang lain yang seronok dengan orang-orang yang mereka sayang di sekeliling mereka. Diri terasa begitu kerdil ketika itu.
Bercakap memang senang, tapi hanya orang yang mengalami cabaran itu sahaja yang tahu betapa susahnya nak move on. Lain orang lain ceritanya kan? Tapi sebelum apa-apa pun, nak move on ini memang memerlukan kita berfikir secara positif, kalau asyik berfikir negatif memang susah nak bergerak. Baik buruknya mungkin datang daripada diri kita sendiri, siapa tahu apa yang berlaku mungkin disebabkan kesilapan diri sendiri. Ambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku, janji dengan diri sendiri yang kau akan keluar dari belenggu hidup yang akan merugikan diri sendiri, kau berjanji untuk mengubah diri kau dan takkan mengulangi kesilapan yang sama. Fikir sedalam-dalamnya, tak salah jika kita memberi peluang kepada diri sendiri. Betul tak? Bangkit dan move on lah! Continue reading →