Secawan Teh

0
Monday, April 28, 2014


















"Would you like a cup of coffee or tea, Miss?"
"Um.. tea please? Thank you."

Yes it is. All the time I prefer tea than coffee. Or hot chocolate. For my self-time bonding. Bagi aku teh tetap lebih menarik daripada kopi. Hahaha sebab aku memang tak minum kopi pun. Since sekarang tengah musim hujan, jadi aku decide untuk cerita pasal teh. You know, tea break? Hehe kena sangat la kan dengan musim hujan ni. Peh kena lagi dengan buku di tangan, memang sesuai sangat.

Aku dari kecil lagi memang diajar untuk minum air panas, I mean aku lebih prefer air panas dari air sejuk berais. Tapi tak bermakna aku tak minum air berais langsung kay? Aku minum cuma kurang dan bergantung kepada keadaan cuaca. And nama pun suka air panas, jadi lidah ni memang dah sebati dengan air panas, even bila suam pun dah tak sedap dah nak minum.

Okay back to the topic..

Teh ni bagi aku sangat menarik sebab cuba bayangkan....

The moment bila dihidangkan secawan teh depan korang semua, aromanya yang wangi sehingga boleh buat kita leka, lupa pada sekeliling seketika. Okay aku tak reti actually nak bagi ayat bombastic tapi bila aku lepas nafas aku rasa bahagia sangat. Buat aku rasa relax. Haa lega sangat tekak rasa bila dapat minum teh panas. Tapi tetap kena bagi teh tu cool dulu sekejap, sebab bila terlalu kerap minum air panas sangat, boleh bawa kepada risiko esophageal cancer.

Namun, teh sering dikaitkan dengan khasiat untuk kesihatan lebih-lebih lagi green tea. (Eh green tea blended heaven kot! XD) Dan teh jugak bagus untuk kecantikan dan penjagaan dari hujung rambut ke kaki!

Continue reading →

0 comments:

Appreciate

0
Monday, April 21, 2014
Entri kali ini aku tergerak hati untuk bercerita mengenai perihal keluarga. Sejak kebelakangan ini, minda aku sering terusik dengan perihal keluarga, tak kisah la apa pun pasti terselit hal keluarga, mungkin dengan apa yang sedang berlaku di dalam hal keluarga sering membuat hati ini mudah sensitif dengan perkataan 'family'. Semakin lama aku semakin dapat rasakan kepentingan berbakti dengan keluarga terutamanya kepada parents yang tercinta. Apatah lagi dengan trend kahwin awal yang sering menjadi-jadi sekarang ni. memang tak dinafikan sebagai remaja, isu kahwin awal sentiasa bermain di bibir mereka.

Simpsons Family FTW!
"Habis belajar je nanti, aku nak terus kahwin", "Aku dah buat keputusan final year nak tunang lepas grad terus kahwin. dah kahwin nanti ikut suami aku belajar oversea" Biasa dengar kan?

Bagi aku masa yang aku luangkan untuk family masih tak cukup lagi, kalau dah kahwin, ikut suami lagi lah kurang masanya. Pindah duduk rumah lain, nak kena bahagikan masa lagi balik rumah mertua. Waktu study macam ni pun jarang balik rumah, dah tu lepas grad nak kahwin. Bila masanya aku luangkan masa dengan ibu ayah kakak abang adik semua?

"Kau ni anak mak la tiap minggu nak balik."

Tak jadi satu kesalahan kot kalau kawan korang selalu balik rumah, itu hak dia. Jangan terlalu cepat judge mereka yang selalu baik rumah. Berikan mereka peluang, family adalah segala-galanya. Waktu muda inilah masa yang ada kita perlu lebihkan family. Once you dah mendirikan rumah tangga, you nak kena bahagikan lagi masa you dengan keluarga yang lain.


Continue reading →

0 comments:

The Silence Moment

0
Monday, April 14, 2014
Assalamualaikum wbt.

Tak ku sangka begitu cepat masa berlalu. Tamat sudah midsem break selama seminggu. Dan ya, hari isnin kembali menjadi rutin bangun awal pagi jika pulang ke UKM.


Pagi ahad tadi, bangun daripada tidur dapat berita Abu Hanifah, junior sekolah lama ku accident dan meninggal dunia. Adik kepada kawan aku, Anas, muda setahun daripada kami. Yes, another shocking news untuk warga sekolah setelah dua tahun yang lepas seorang senior setahun atas aku pun meninggal dunia disebabkan accident masa on the way pulang ke rumah selepas mengambil adik-adiknya di sekolah. Kedua-duanya tak ku kenali dengan begitu rapat tapi aku tetap bersyukur Allah berikan aku peluang untuk mengenali mereka sebagai schoolmates yang mengajar aku bahawa mati tak kenal usia. Sebab kedua-duanya meninggal dunia ketika umur yang sangat muda, 20 tahun.

The mind just can't stop think...What would happen if it is my time?


Terkejut, sampai sekarang masih ada lagi perasaan terkejut tu ketika baca status-status dan tweet pasal arwah. Speechless. Allahu rabbi. Semoga Anas kekal kuat di Spain sana. Siapa sangka adiknya yang muda pergi dahulu. 20 tahun Allah pinjamkan Abu di dunia, InsyaAllah semoga syurga tempat untuknya. I can see all the good things and memories he left for his loved ones. People keep talking bout the good things of him. Tentunya, Abu seorang yang sangat baik. Al-fatihah.


Dua tahun yang lepas pun, perkara yang sama. Ramai sangat orang datang ketika pengebumian arwah   Kak Hafizah. Untungnya ramai kawan-kawan arwah (yang tak berapa kenal pun ada) daripada JB sanggup konvoi bersama ke Negeri Sembilan untuk pengebumian arwah. Yes yes, I can see all the efforts. Masa dekat hospital JB pun lobi kecemasan penuh dengan guru-guru sekolah,  jiran-jiran, kawan-kawan, dan kenalan lain. Sehingga ke lewat malam semua orang tunggu dekat lobi kecemasan tu padahal besoknya hari sekolah/kerja. Parents nya pun tak sangka begitu sekali support yang mereka sekeluarga dapat daripada warga sekolah, daripada awal sehingga akhir urusan. Aku masih ingat lagi status pengetua yang menyatakan rasa terkilan beliau tidak sempat untuk meluangkan masa terakhir bersama Kak Hafizah seperti yang diminta oleh arwah Kak Hafizah.



Continue reading →

0 comments:

Jatuh.

0
Monday, April 07, 2014
Assalamualaikum!

Apa cerita hujung minggu ni di rumah? Aku hampir terlupa untuk update blog minggu ini apatah lagi teringatkan tema 'Jatuh'. Dah balik rumah mana kita nak fikir yang sedih-sedih kan? Jatuh bagai semua. Alhamdulillah, masa excited angkat beg bawa turun tangga nak balik rumah pun tak ada jatuh kecelakaan semua. Melayan dua budak hero dekat rumah, confirm lah yang happy je ada dalam kepala otak ni. Tak ada dah nak rasa down bila melayan budak-budak kecil. Hilang semua masalah bila jumpa Haziq dan Aiman. And bertambah seronok lagi yang aku tak perlu bersusah-payah bangun awal pagi esok untuk balik ukm seiring dengan ayah. Yippie! Hehe. 

Please my dear midsem break, don't end so fast kay?

Okay, back to the topic. Nak cerita apa pasal jatuh ini?

Pernah rasa jatuh? Apa yang korang buat bila korang rasa down sangat? Or apa yang korang rasa/buat bila tiba-tiba terjatuh terpeleot ke depan orang ramai (kaitan jugak kan? hehe) Or korang sendiri tidak tahu apa status diri korang sekarang ni. Tengah stress ke macam mana..
Haa cuba jawab test ni: Depression test. Tak lama mana pun, cuma ambil masa dalam 20 minit sahaja. Bila dah tau result, kita boleh dapatkan advices daripada mereka. 

Hmm, dah agak dah.



Continue reading →

0 comments: