Appreciate

0
Monday, April 21, 2014
Entri kali ini aku tergerak hati untuk bercerita mengenai perihal keluarga. Sejak kebelakangan ini, minda aku sering terusik dengan perihal keluarga, tak kisah la apa pun pasti terselit hal keluarga, mungkin dengan apa yang sedang berlaku di dalam hal keluarga sering membuat hati ini mudah sensitif dengan perkataan 'family'. Semakin lama aku semakin dapat rasakan kepentingan berbakti dengan keluarga terutamanya kepada parents yang tercinta. Apatah lagi dengan trend kahwin awal yang sering menjadi-jadi sekarang ni. memang tak dinafikan sebagai remaja, isu kahwin awal sentiasa bermain di bibir mereka.

Simpsons Family FTW!
"Habis belajar je nanti, aku nak terus kahwin", "Aku dah buat keputusan final year nak tunang lepas grad terus kahwin. dah kahwin nanti ikut suami aku belajar oversea" Biasa dengar kan?

Bagi aku masa yang aku luangkan untuk family masih tak cukup lagi, kalau dah kahwin, ikut suami lagi lah kurang masanya. Pindah duduk rumah lain, nak kena bahagikan masa lagi balik rumah mertua. Waktu study macam ni pun jarang balik rumah, dah tu lepas grad nak kahwin. Bila masanya aku luangkan masa dengan ibu ayah kakak abang adik semua?

"Kau ni anak mak la tiap minggu nak balik."

Tak jadi satu kesalahan kot kalau kawan korang selalu balik rumah, itu hak dia. Jangan terlalu cepat judge mereka yang selalu baik rumah. Berikan mereka peluang, family adalah segala-galanya. Waktu muda inilah masa yang ada kita perlu lebihkan family. Once you dah mendirikan rumah tangga, you nak kena bahagikan lagi masa you dengan keluarga yang lain.


"Ulu Yam di Liverpool" nukilan Nazali Mohd Noor menyedarkan lagi aku indahnya selalu spend time dengan family, hargai mereka betul-betul. Buku ini sangat menarik, aku memang suggest untuk korang semua baca. Buku ini bercerita tentang hijrah penulis dari Ulu Yam ke Liverpool. Beliau memang seorang fan club Liverpool dan dari kecik pasang angan nak pergi ke UK sana. Nak jejak kaki ke Anfield. Interesting kan bila impian dia akhirnya tercapai pada umur 30an setelah macam-macam rintangan halangan yang dia lalui. Tak ke cekal bertahan lama macam tu tak cepat give up pun.

haa macam ni la rupa bukunya!
Tapi apa yang aku suka dalam buku ini, beliau banyak menyentuh soal kepentingan keluarga. Berbakti dengan mak ayah, hubungan adik-beradik. Pengorbanan ibu, isteri dan semua ahli keluarga. Memang sangat menyentuhkan hati. Hubungan rapat antara anak dengan ayah. Bagaimana seorang ayah meluangkan masa dan mendidik anak.

Aku teringatkan ibu bila beliau menceritakan tentang pengorbanan isterinya, Ain ketika bekerja sebagai seorang Pensyarah di Batu Pahat yang gajinya tak seberapa nak dibandingkan ketika beliau bekerja di sektor swasta dahulu. Kehidupan sebagai "weekend-partner" seperti ibu dengan ayah sekarang ni memang sangat mencabar. Sebab Ain bekerja di KL bersama-sama tiga orang anak mereka yang masih kecil. Semua tanggungjawab anak dibahu isterinya tanpa bantuan seorang pembantu dan Ain bekerja dari awal 7 pagi sehingga lewat petang. Anak yang sulung memainkan peranan untuk menjaga adik-adiknya ketika ketiadaan mama mereka. Sama seperti aku kecil dahulu, balik dari sekolah cari makan sendiri, jaga diri sendiri. Pastikan rumah semua berkunci sampai ibu balik.

Kalau dulu masa kecil sebelum masuk sekolah rendah, kami dihantar ke taska yang berdekatan. siblings aku memang ramai. Ayah pulak selalu takda kat rumah, outstation je memanjang, so semuanya ibu yang buat. angkat sorang-sorang masuk ke dalam kereta. teringat ibu pernah cerita, abang aku mesti keluar dari kereta bila ibu sedang memasukkan barang yang lain. Setiap kali pergi sekolah pun ibu yang mandikan, jerang air dalam cerek setiap awal pagi. Heater belum mainstream lagi waktu ni. Balik dari kerja penat-penat terus kemas rumah masak semuanya. Urusan kewangan rumah kereta, bil semua ibu juga yang uruskan seorang diri. Penat kan? kesibukan ayah dengan kerja membataskan dirinya membuat semua tu. Tapi kalau cuti memang ayah manfaatkan betul-betul bawak kami semua bersiar-siar. Jika outstation ayah waktu cuti sekolah, satu family pergi sekali. Ayah kerja, kami bercuti. Hehe.

Sampai sekarang, anak semua dah masuk universiti, tinggal 3 orang saja adik aku yang ada di rumah menemankan ibu. Aku tau ibu sunyi, walaupun ayat "Alaa ibu dah biasa hidup macam ni sejak kahwin lagi." acapkali dikatakan bila perkara ini berbangkit. sudah lah suami setiap weekend sahaja ada, nak pulak weekendnya tak sama. Johor kan dah cuti Jumaat Sabtu, jadi masa ibu dengan ayah ada Sabtu je. Awal pagi isnin pula ayah dah gerak ke Selangor. Kesibukan ayah pun membataskan ayah untuk balik kampung selalu, jadi ibu yang memainkan peranan di situ. Jadi setiap kali pulang ke jb, kadang-kadang aku rasa sangat malas nak keluar bila diajak kawan sebab ni sahaja masa yang aku ada untuk keluarga. Aku teringat bila ibu menyuruh aku mengambil STPM supaya aku dapat tinggal di rumah lebih lama lagi sedangkan daripada dulu aku memang tekad taknak sambung tingkatan enam. Result SPM baik, kenapa pulak perlu masuk tingkatan enam? Itu soalan yang sering ditanya kepada aku apabila aku menolak tawaran lain. Syukur dengan keberkatan daripada seorang ibu, aku tak pernah menyesal membuat keputusan untuk menyambung tingkatan enam dan ia merupakan the best moment in my life.

Petikan dari buku Tuesday with Morrie 
Penulis juga sangat menitikberatkan soal hubungan adik-beradik sejak kecil dan remaja persis aku dengan adik-beradik yang lain sekarang ni. Dari kecil lagi memang kena jaga kalau tak dah besar bila kahwin nanti semua fikir hal sendiri. Belum campur lagi yang jenis suami ikut cakap bini. Dan aku sangat setuju dengan perkara ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Jadi wahai lelaki di luar sana, carilah perempuan yang tak kisah pasal mak ayah korang. Jangan terlalu ikut cakap isteri sampai keluarga pun terabai. Syurga lelaki sampai bila-bila pun tetap di bawah kaki seorang mak. Mak tetap no 1, isteri no 2. (pesanan untuk wanita di luar sana juga.)

Namun aku sangat bersyukur dengan keadaan family aku sekarang walaupun memang tak dinafikan masalah keluarga itu sentiasa ada namun aku tetap bersyukur jika nak dibandingkan dengan orang lain yang ibu ayah mereka bercerai, parents terlalu sibuk sampai tiada masa untuk melayan anak. Jadi, hargailah dan berikanlah yang terbaik untuk mereka yang kita sayang selagi masih ada waktu sebelum ada yang lebih menyayangi mereka di sana. State in your mind please that family always comes first tak kira apa pun terjadi. Because family is everything, like Stich said that family is nobody gets behind. Carik carik bulu ayam akhirnya bercantum jua kan? :)

0 comments: