Showing posts with label Bebelan. Show all posts

Floria 2014

0
Tuesday, June 17, 2014
Assalamualaikum wbt.

Dengki pulak rasanya tengok roommate sibuk-sibuk kemas barang, dah selamat balik pun dia. Sedangkan aku ni, masih stuck lagi dengan satu paper. Ughh. Balasan agaknya kot sem lepas aku duk jeleskan dia dapat balik lagi awal.

Okay, sebenarnya nak cerita pasal Floria 2014. Tak plan pun sebenarnya, tapi cik kak Syakira yang sibuk duk online semalam tetiba terbaca pasal Floria 2014 dekat Putrajaya.

"Weh, nak pergi dekat payung-payung tu......" dengan suara gediknya duk merayu aku bawa pergi sana.

Since agak fed up dengan paper Mikroekonomi, aku pun on je. Minat jugak lah dengan bunga-bunga landskap ni sebab kat rumah tu memang duk baca majalah landskap je kerja. Hahaha. Aku memang suka baca majalah-majalah macam gini. Agaknya minat ibu dan ayah dalam gardening dah jatuh dekat aku kot. Tulah, orang tua-tua cakap, jangan asyik benci nanti lama-lama kita yang suka. Mana taknya,  dulu aku lah yang paling panjang tarik muka bila ayah singgah nursery. Dan aku jugak lah yang akan banyak membebel bila ibu singgah kedai bunga. End up, aku jugak yang seronok sekarang ini tengok rumah penuh dengan bunga-bunga dan pokok-pokok hijau, baik dalam atau luar rumah. InsyaAllah suatu hari nanti nak belajar tips gardening dengan ayah. Hehehe.

Oh sebelum tu, kebanyakan gambar-gambar adalah daripada Syakira. Jadi mungkin ada kesamaan dalam gambar-gambar kalau Syakira pun ada upload post pasal Floria 2014 ini. Terima kasih ye Syakira Buncit.

Event: Floria 2014
Venue: Promenade, Presint 4 Putrajaya
Date: 14-22 June 2014
Continue reading →

Rindu

0
Friday, June 13, 2014
Cepat sangat masa berlalu tanpa sedar dah berjalan pun minggu final exam. Mungkin masanya sudah tamat, mungkin tidak valid lagi tarikhnya untuk aku menambahkan dua atau tiga lagi entry post tapi what have to do must be done. Apapun, epilog tetap mesti ada.

----------------------------------------------------------------------------------------

Ticking away the moments that make up a dull day 
You fritter and waste the hours in an offhand way
Kicking around on a piece of ground in your home town 
Waiting for someone or something to show you the way

Biarlah masa berlalu, aku tak sabar menanti hari esok.

Cause they say home is where your heart is set in stone
Is where you go when you're alone
Is where you go to rest your bones
It's not just where you lay your head
It's not just where you make your bed
As long as we're together, does it matter we go
Home home home home home home home home 


Cepatlah masa berlalu. Aku rindu. Aku rindu. Aku rindu.


Continue reading →

Little Things

0
Thursday, June 12, 2014
Assalamualaikum,

Aku tahu masih ada lagi perkara yang belum diselesaikan dan masa semakin suntuk. Sedang aku berfikir apa lagi yang aku boleh kongsikan lagi di dalam blog ini, aku terbaca satu post di Facebook. Mungkin bendanya kecil, ya, sangat kecil tapi sangat mendalam maksudnya. Mungkin ada kalangan dari korang pernah baca, jadi anggap sahaja lah bacaan kali ini sebagai reminder untuk kali kedua. And mungkin agak panjang daripada biasa.

This is the story.

"John worked at a cold storage. One day, when he finished with his work schedule, he went into the cold room (freezer) to inspect something, but in a moment of bad luck, the door closed and he was locked inside with no help in sight. Although he screamed and knocked with all his might, no one could hear him. Most of the workers had already gone and it's impossible to hear what was going on inside the freezer from the outside.

Five hours later, whilst John was on the verge of death, the security guard of the factory eventually opened the door and saved him. John then asked him what does make he came there as it wasn't part of his work routine.

He replies: 

'I've been working in this factory for 35 years. Hundreds of workers come in and out everyday, but you're one of the few who greets me in the morning and say goodbye to me every night when leaving after working hours.

Many treat me as if I am invisible. So today, like every other day, you greeted me in your sample manner "Hello" at the entrance when resuming for work. But curiously I've not heard your "Good bye, see you tomorrow" after working hours. That is why I decided to check around the factory.

I look forward to your greetings everyday because to you, I am someone. By not hearing your farewell, I knew something had happened. Then I sought and found you!' "

"Because to you, I am someone."
"Because to you, I am someone."
"Because to you, I am someone."
Continue reading →

Random

0
Saturday, June 07, 2014


Yuna // Rescue

Oasis // Wonderwall

Cranberries // Raining in my heart

The Cab // Lock me up

Artic Monkeys // Snap out of it

Coldplay // Magic

Gabrielle Aplin // Home
---------------------------------------------

Random.
Mix of feelings.
In kind of need a new playlist.



Continue reading →

FOOD: The only thing always makes us happy.

0
Friday, June 06, 2014

Video diedit daripada trial Animoto.
Gambar original daripada tuan blog.

"Perempuan tempatnya di dapur. Lelaki juga tempatnya di dapur. Semua orang tempatnya di dapur. Kerana di dapur ada banyak makanan."

WIN. So much win. Haha. It's true.

Bila kita happy, kita makan.
Bila kita stress, kita cari makanan jugak.
Bila kita sedih, orang paksa kita untuk makan.
Bila kita study, lagilah perlukan something untuk dikunyah.
Bila jumpa kawan, mesti cari kedai makan untuk lepak.

Setiap masa semua orang perlu makan. Makan untuk hidup.
Sebab tu perlu beringat setiap kali makan, jangan membazir. Ingat orang lain yang mungkin tak mampu untuk dapatkan makanan sebaik kita.

Food makes people unite.
Food makes people happy.
Food is our therapy.


Continue reading →

D I Y II: Sandwiches

0
Wednesday, June 04, 2014
Assalamualaikum.

Study sorang-sorang dalam bilik tiba-tiba terasa nak breakfast sandwich pada esok paginya. Jadi, merajinkan diri pergi Giant beli barang untuk buat sandwich and I call this sandwich as a homemade Subway. Hahahaha mengada gitu.

Yummyyy~
Bahan-bahannya:
Roti Croissant
Salad
Tomato
Timun jepun/timun biasa
Cheese slices
Tuna tin (pilihan mengikut citarasa sendiri)

Cara-caranya:
Potong kesemua bahan dan susun mengikut kreativiti sendiri. Siap! Senang je kan?

Ini versi homemade Subway yang lain guna roti arab yang nipis tu (tak ingat namanya hehe sorry) Tapi kena bakar sekejap rotinya atas pan. Sedap! Lagi sedap bila kita makan ramai-ramai :D


Selamat mencuba!


Continue reading →

D I Y

0
Tuesday, June 03, 2014
Assalamualaikum.

Waktu kecil dahulu aku seorang yang kuat berangan. Aku suka cakap sorang-sorang. Pakai cantik-cantik, cakap depan cermin sorang-sorang. And aku juga lah yang suka menyepahkan barang-barang ibu kat rumah tu. Ada je idea dalam kepala otak aku ni nak build something. Biasanya aku main masak-masak lah. Hahaha. Bina rumah dengan buah carrom, buku keras nota kecil, mainan lego, barang-barang mainan lain dan sebagainya. Apa saja barang yang aku rasa boleh jadi perabot untuk rumah yang aku bina, aku akan rembat. Rumah mainan aku itu biasanya akan dilengkapi dengan ruang tamu, garaj, bilik tidur, dapur, kawasan belakang rumah, tempat sidai baju dan sebagainya. Kalau terlebih rajin sikit, aku akan bina rumah jiran sekali. Setiap kali main, rekaan rumahnya berlainan. Pernah satu kali aku bina rumah atas pokok. Replika pokok kayu dalam pasu kepunyaan ibu. Kadang-kadang lepas main, sayang sangat untuk kemas semula. Jadi aku akan biar saja untuk sambung main pada keesokan hari

Waktu kecil dulu juga aku rajin gunting-gunting kertas untuk buat kad ucapan atau penanda buku. Kebiasaanya aku akan beri kad ucapan pada ibu dan ayah bila tiba hari jadi mereka. Selain itu, aku guna kertas lutsinar OHP ibu untuk tekap gambar Winnie The Pooh untuk dijadikan penanda buku. Sebabnya aku memang suka main dengan marker-marker OHP yang warna-warni tu. Hehehe. Bawa pergi sekolah, ramai kawan-kawan yang suka. So balik rumah, ambil senyap-senyap lagi kertas OHP ibu, lukis lagi untuk kawan-kawan pula.

Tapi dah lama sangat aku tak buat benda-benda kecil macam ini, banyak rajinnya masa waktu sekolah rendah tu jelah. Idea ke'kreatif'an aku pun dah tak secekap dulu. Tapi hari itu aku bosan, so aku cari some idea DIY dekat pinterest. Nak buat yang lebih-lebih sangat pun duduk dekat kolej UKM ni mana ada bahan. So I just try to make some kotak kecil as a gift :)

Continue reading →

Family Umrah

0
Friday, May 30, 2014
Assalamualaikum.
Peace be upon you.

Tick tock tick tock..

Bangun pagi tadi dapat message daripada ayah, satu family dah selamat sampai di Madinah. Alhamdulillah.. Seronok kan pergi umrah ramai-ramai. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, tercapai jugak impian ibu dan ayah nak pergi umrah ramai-ramai satu family walaupun tak semua dapat pergi. Family besar sudah tentu memerlukan perancangan yang panjang. InsyaAllah, bak kata ibu, rezeki itu sentiasa ada. Percaya pada Tuhan, berdoa supaya satu hari nanti Allah akan terima kita sebagai tetamu-Nya. Mungkin bukan sekarang rezeki aku untuk menjadi tetamu-Nya, mungkin masih banyak lagi persediaan yang perlu aku buat sebelum sampai ke sana. Ya, memang dah lama aku inginkan untuk jejak kaki di sana, merasai sendiri persekitaran di sana. Tapi apakan daya, belum rezeki aku. Kalau ikutkan, memang dah merayu dengan ibu supaya dapat join sekali. Tak apa, rezeki sentiasa ada, mana tau dapat buat haji sekali hujung tahun nanti hehe.

Semoga segala urusan ibu, ayah, kakak, adik-adik, Che dan Mak Long di sana sentiasa dipermudahkan. Amin. Amin. Amin.

p/s:
Actually tujuan post ini sebagai luahan perasaan tak dapat join sebab terpaksa struggle dengan final exam. Ughhh.







Continue reading →

Expectation

0
Saturday, May 24, 2014
Namanya manusia.
Tidak pernah sempurna.
Mudah lupa.

Manusia itu hanya insan biasa.
Yang sentiasa ada cacat cela dalam dirinya.
Bagaimana mampu hidup dengan harapan yang tinggi terhadap dirinya?

Manusia itu masih belajar.
Masih mencari-cari kehidupan dirinya.
Berusaha untuk berpijak pada bumi yang nyata.

Manusia itu masih lemah.
Jauh mana pun pergi, dia masih lemah.
Namun dia tetap tidak mahu kalah.

Walaupun manusia itu mudah lupa.
Dia selalu ingat, setinggi mana harapan, perlu ada batasnya.
Kerana dia tidak mahu kalah. Tidak mahu sakit.

"Expectation is the root of all heartache" - William Shakespeare


Continue reading →

Happy Teacher's Day

0
Wednesday, May 21, 2014
Assalamualaikum.

Weekend lepas balik rumah, ibu tanya tak ucap selamat hari guru dekat cikgu SIGS ke?
'zzzzzzzzzzz'
Bukan tak ucap, terlupa. Yeah, that is me. Asyik tangguh-tangguh nak text cikgu, last-last tak text langsung pun. Padahal before 16 Mei tu dah beriya stand by ayat nak ucap dekat cikgu-cikgu.

Apa-apa pun,
Happy Teacher's Day shout out to all teachers out there.
Yang tak pernah mengeluh dengan keringat yang mereka telah berikan.
Hanya impikan yang terbaik untuk anak didik tanpa meminta sebarang balasan.

Selamat Hari Guru,
Untuk guru-guruku di Hidayah,
Tiada pengganti bagimu yang mendidik aku seperti anak sendiri.
Yang sentiasa bertindak sebagai emak di sekolah,
Yang sentiasa memastikan yang terbaik untuk anak didikmu.

Selamat Hari Guru,
Buat cikgu-cikguku di SIGS,
Dua tahun menjadi anak didikmu banyak mengajar aku erti hidup cabaran luar.
Bersamamu dan rakan-rakanku yang lain,
Menjadikan memori dua tahun itu memori yang paling indah dalam hidupku.

Tidak lupa jua,

Selamat Hari Guru,
Buat lecturer-lecturerku dalam perjalanan kini,
Yang sedang dan bakal membantuku mengharungi perjalanan kali ini.
Semoga perjalanan ini kian mematangkan diriku sebelum melangkah lebih jauh lagi.
Terima kasih guruku :)



Continue reading →

Freedom

0
Saturday, May 10, 2014

Aku bukan lagi yang dahulu. Aku sudah besar. 
Dunia kini sudah berubah.
Aku kini berdiri di atas kaki sendiri. 
Aku sendiri yang buat keputusan.
Aku sendiri yang buat pilihan.
Aku bukan lagi hingusan.
Aku yang memerhati. Aku yang menilai.

Taliku kini sudah reput.
Sudah tiba masanya.
Cahayanya kini berada di hadapanku.
Aku sudah bisa melangkah. Terus melangkah ke hadapan.
Aku tidak mahu menunggu lagi.
Bukan mereka yang menentukan tujuan aku.

Aku yang bebas.



Continue reading →

Life is a greatest lesson

1
Wednesday, May 07, 2014

"As you grow, you learn more. If you stayed at twenty-two, you'd always be as ignorant as you were at twenty-two. Aging is not decay, you know. It's growth. It's more than the negative that you're going to die, it's also the positive that you understand you're going to die, and that you live a better life because of it."

But people always say 'Oh, if I were young again.' 
You never hear people say, 'I wish I were sixty-five'

"You know what that reflects? Unsatisfied lives. Unfulfilled lives. Lives that haven't found meaning. Because if you've found meaning in your life, you don't want to go back. You want to go forward. You want to see more, do more."

But the truth is, people still want to go back.
I, myself, wish to go back, to fix everything up. But the fact is life's going on. You never come back. The past stays past. What I can do is just looking back for a lesson, so I do not repeat the same things. But still, people make mistakes. Nobody's perfect.

I wish I can go far away, learn from the other people, the other cultures. How life means to them.

But as people say,
There's still something good in everything around you if you just want to see it. And that is what I am trying to learn now.
And you too, we all do.


Continue reading →