Expectation

0
Saturday, May 24, 2014
Namanya manusia.
Tidak pernah sempurna.
Mudah lupa.

Manusia itu hanya insan biasa.
Yang sentiasa ada cacat cela dalam dirinya.
Bagaimana mampu hidup dengan harapan yang tinggi terhadap dirinya?

Manusia itu masih belajar.
Masih mencari-cari kehidupan dirinya.
Berusaha untuk berpijak pada bumi yang nyata.

Manusia itu masih lemah.
Jauh mana pun pergi, dia masih lemah.
Namun dia tetap tidak mahu kalah.

Walaupun manusia itu mudah lupa.
Dia selalu ingat, setinggi mana harapan, perlu ada batasnya.
Kerana dia tidak mahu kalah. Tidak mahu sakit.

"Expectation is the root of all heartache" - William Shakespeare


0 comments: