Trend Sosial Media: #Hashtag
0
Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah masuk pun bulan Mei. Masing-masing semakin busy dengan assignments, tutorial, presentations, final reversion dan sebagainya.... Puasa pun dah nak dekat ni...
Jadi minggu ni aku malas nak bebel panjang, cerita benda pendek je k? Bendanya pun simple je iaitu hashtag dalam sosial media. Pernah jumpa kan simbol '#' diikuti dengan perkataan lain. Contohnya #prayforMH370.
Kebiasaanya, hashtag banyak digunakan dalam media timeline Twitter, kemudian dibawa ke Facebook. Dalam instagram pun popular sangat penggunaan hashtag, biasa la tu jumpa hashtag panjang-panjang dalam gambar.
Tapi penggunaan hashtag sebenarnya memudahkan kita untuk search tentang sesuatu isu yang sedang trending. Contohnya macam tadi la, kalau kita nak tau apa sebenarnya MH370, apa info lanjut tentang MH370 etc, just search for #MH370 or #prayforMH370.
Penggunaan hashtag ni pun sebenarnya banyak membantu jika kita nak dapatkan info dengan lebih cepat dan ringkas. Tak kisah lah apa pun. Contohnya kalau kita nak jenjalan ke Penang, so just search #bpPenang atau #Penang untuk tahu apa yang best dekat Penang, macam mana nak pergi sana dan sebagainya. Senang je kan?
Tapi kita kena bijak dalam penggunaan hashtag ini, sebab hashtag bergantung kepada apa yang orang lain update tentang hashtag tersebut, jadi peratusan untuk percaya bergantung kepada diri sendiri. Tambah lagi, bila statement-statement yang tak ada kaitan langsung pun dengan hashtag yang dicari, haaa yang ni memang kena banyak bersabarlah. Aku sendiri pun tak faham kenapa orang suka sangat update status menggunakan hashtag. Nak berhashtag sekalipun, guna lah hashtag yang bersesuaian dan relevan.
Okay itu saja coretan untuk minggu ini.
Sekian.

0 comments:
Post a Comment