Kehilangan
0
#repost
Bukan mudah bila hati sering menjadi tidak keruan.
Kerna dulunya semangat tidak pernah hilang,
Sering mengingatkan diri bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kerna dulunya sabar tidak pernah menjadi penghalang,
Sering mengingatkan diri api yang marak hanya membakar diri.
Kini, sabar dan semangat jiwa hilang dibawa pergi,
Bagaikan debu ditiup angin.
Tak mampu dikesan, tak mampu dihidu.
Hati menjadi kosong.
Jiwa menjadi kosong.
Diri mudah jatuh, dikuasai fikiran negatif.
Tiada lagi kata-kata halus dari dalam diri yang mampu membangkitkan.
Sama ada memang tidak ada atau diri yang tidak pernah mahu cuba.
Tanpa disedarinya,
Masih ada yang melihat,
Masih ada yang mendengar,
Masih ada yang menyayangi,
Masih ada yang menunggu,
Masih ada yang tidak pernah lupa pada janji.
Kerana janjinya sentiasa pasti. Janji yang satu.
Janji untuk menunggu hamba-hambaNya menangis, merayu kembali padaNya.
DIA Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Ghofir / Al Mu’min : 60)
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah : 186)
0 comments:
Post a Comment