Moving On.

0
Monday, March 31, 2014
Assalamualaikum wbt.

Okay, tajuk minggu ini kisah pasal move on. Bila dah terasa kehilangan mestilah sedih dan susah untuk memaksa diri keluar dari kepompongan sedih tu. Aku terfikir nak cerita move on dalam kisah friendship, maksud aku true friendship, yang kawan bukan main-main. Yang ini kadang-kadang bagi aku lagi susah nak move on lebih-lebih lagi kalau persahabatan itu memang dah lama terjalin bukan setakat 2 3 tahun lamanya. Sebab aku sendiri ada pengalaman dalam hal ini dan aku sendiri mengaku walaupun dah lebih kurang tiga tahun berlalu tapi aku still merangkak lagi nak move on. But now is better than last year. Lebih kurang 2 tahun jugak, aku ambil masa buat keputusan untuk move on betul-betul. Yelah.. sampai bila kau nak sedih-sedih sedangkan hidup terlalu singkat untuk bersedih. Kawan-kawan kau pun happy je hidup tanpa kau di sisi takkan kau tak boleh.


Tetap terasa sangat rugi persahabatan yang dibina selama 6 tahun tanpa cacat cela, tanpa sebarang pergaduhan akhirnya terputus tanpa adanya kata-kata akhir daripada mereka. Sampai sekarang aku masih tidak faham apa rasionalnya perkara ini boleh terjadi, tapi mungkin sebenarnya selama ini aku tidak pernah serasi dengan mereka. Terlalu banyak pahit manis dalam persahabatan ini tapi sayang umurnya tak panjang. Peritnya rasa hati ini memilirkan yang seolah-olah aku tidak pernah wujud dalam diari kehidupan mereka hanya tuhan saja yang tahu.


Tapi, sebenarnya yang membuatkan kita susah nak move on adalah disebabkan memori-memori yang ditinggalkan oleh pengalaman tersebut, kan? Memori-memori itu yang membuatkan kita semakin hari semakin sedih apatah lagi bila lihat kehidupan orang lain yang seronok dengan orang-orang yang mereka sayang di sekeliling mereka. Diri terasa begitu kerdil ketika itu.


Bercakap memang senang, tapi hanya orang yang mengalami cabaran itu sahaja yang tahu betapa susahnya nak move on. Lain orang lain ceritanya kan? Tapi sebelum apa-apa pun, nak move on ini memang memerlukan kita berfikir secara positif, kalau asyik berfikir negatif memang susah nak bergerak. Baik buruknya mungkin datang daripada diri kita sendiri, siapa tahu apa yang berlaku mungkin disebabkan kesilapan diri sendiri. Ambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku, janji dengan diri sendiri yang kau akan keluar dari belenggu hidup yang akan merugikan diri sendiri, kau berjanji untuk mengubah diri kau dan takkan mengulangi kesilapan yang sama. Fikir sedalam-dalamnya, tak salah jika kita memberi peluang kepada diri sendiri. Betul tak? Bangkit dan move on lah!

0 comments:

Rajuk Si Manja

0
Thursday, March 20, 2014
Aiman dan Haziq
Dua si manja penghibur teratak keluargaku. Kehadiran mereka menambahkan seri di dalam rumah. Masing-masing mempunyai keunikan perangai yang tersendiri.

"Aiman, nak biskut?"

"Em.. *sambil menghulurkan tangan kecilnya* abang?"

"Haziq, jom main ball dekat luar, ajak Aiman sekali"

"Haa main ball. Aiman! Aiman! Jom main ball" teriak Haziq sambil pergi ke adiknya.

Tak pernah lupa antara satu sama lain. Tapi dalam masa yang sama tak boleh berkira juga antara satu sama lain. Lumrah kanak-kanak kan? Si abang mudah cemburu dengan adiknya lebih-lebih lagi jika umur mereka tidak jauh beza. Sebab tu apa yang adik ada, dia mesti nak juga. 


Jika dulu Aiman senang untuk dipujuk jika barang mainannnya sering dirampas oleh Haziq tetapi
sejak akhir-akhir ini dia mudah merajuk. Bila kita menegurnya sedikit pun sudah terasa, terus diam 
membatu diri. Kebiasaannya mainan yang dirampas memang sukar untuk didapatkan kembali sebab kalau si abang menangis memang sejam baru dapat kasi diam. Tapi yang geramnya, beli dua mainan yang sama pun Haziq tetap nak mainan yang berada di tangan Aiman. Jadi terpaksa mengalihkan perhatian Aiman kepada barang lain seperti buku cerita. Haa Aiman memang suka buku cerita, tak kisah lah buku apa yang dia jumpa, dia akan datang kepada kita dan duduk di riba siap sedia untuk menjadi pendengar cerita yang setia.


Continue reading →

0 comments:

Bicara diri

0
Sunday, March 09, 2014
Assalamualaikum wbt.

Pertamanya, agak sukar untuk aku menulis di sini kerana aku kurang gemar menulis blog tidak seperti orang lain. Walaupun dunia blog ini sudah sangat sinonim dengan diri aku sejak di alam sekolah menengah lagi kerana penulisan blog ini dahulunya memang menjadi trend dalam kalangan rakan-rakan di sekolah. Setiap orang pasti mempunyai blog dan link blog mereka akan disebarkan kepada rakan yang lain. Masing-masing berebut untuk mengisi blog sendiri dan post yang telah ditulis akan di'share' di facebook untuk bacaan rakan yang lain.


Setiap batch di sekolah juga pasti mempunyai blog batch sendiri seperti blog batch ke-12, dan segala informasi, event atau permasalahan yang berlaku akan ditulis dan dibincangkan. Kebiasaannya blog itu akan dikendalikan oleh jawatan kuasa tertinggi batch tersebut.


Namun, aku daripada dulu tetap memilih untuk menjadi 'silent reader', aku lebih suka membaca dan ber'blog walking' daripada menulis blog. Bagi aku, penulisan blog ini sangat mencabar diri dan aku sangat respect kepada mereka yang suka menulis dan memilih penulisan sebagai medium untuk bersosial dengan masyarakat. Kerana apa? Kerana orang menilai diri kita pada apa yang kita tulis. Aku tidak pandai menulis dan bermain dengan kata-kata namun aku tetap mengucapkan terima kasih kepada Sir Azzwan kerana memberikan peluang ini pada aku. Kerana sudi membaca coretan yang mungkin tidak seberapa ini.


Tiada apa yang istimewa yang boleh aku katakan tentang diri aku, aku hanyalah seorang lepasan tingkatan enam yang memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi. Kenapa mesti ekonomi? Sebab ekonomi memang subjek feveret aku ketika pra-universiti. Dan kerana ekonomi juga mengajar diri aku untuk mengenali manusia, berfikir dan bergaul dalam dunia masyarakat.


Sama-sama kita memperbaiki diri, mengecapi impian yang satu.


0 comments: