Rajuk Si Manja

0
Thursday, March 20, 2014
Aiman dan Haziq
Dua si manja penghibur teratak keluargaku. Kehadiran mereka menambahkan seri di dalam rumah. Masing-masing mempunyai keunikan perangai yang tersendiri.

"Aiman, nak biskut?"

"Em.. *sambil menghulurkan tangan kecilnya* abang?"

"Haziq, jom main ball dekat luar, ajak Aiman sekali"

"Haa main ball. Aiman! Aiman! Jom main ball" teriak Haziq sambil pergi ke adiknya.

Tak pernah lupa antara satu sama lain. Tapi dalam masa yang sama tak boleh berkira juga antara satu sama lain. Lumrah kanak-kanak kan? Si abang mudah cemburu dengan adiknya lebih-lebih lagi jika umur mereka tidak jauh beza. Sebab tu apa yang adik ada, dia mesti nak juga. 


Jika dulu Aiman senang untuk dipujuk jika barang mainannnya sering dirampas oleh Haziq tetapi
sejak akhir-akhir ini dia mudah merajuk. Bila kita menegurnya sedikit pun sudah terasa, terus diam 
membatu diri. Kebiasaannya mainan yang dirampas memang sukar untuk didapatkan kembali sebab kalau si abang menangis memang sejam baru dapat kasi diam. Tapi yang geramnya, beli dua mainan yang sama pun Haziq tetap nak mainan yang berada di tangan Aiman. Jadi terpaksa mengalihkan perhatian Aiman kepada barang lain seperti buku cerita. Haa Aiman memang suka buku cerita, tak kisah lah buku apa yang dia jumpa, dia akan datang kepada kita dan duduk di riba siap sedia untuk menjadi pendengar cerita yang setia.


Sesuai dengan tagline "Aiman tak kisah", Aiman memang jenis seorang yang mudah dijaga ketika kecil dulu, tak pernah kisah dengan siapa yang datang untuk mendukung jika nak dibandingkan dengan sekarang dia sudah pandai memilih. Namun, Aiman lebih banyak diam berbanding dahulu dan hanya riang ketika abangnya tiada atau tidur. Kami memang tidak pernah membezakan kasih sayang antara Aiman dan Haziq tapi mungkin tanpa sedar hati kecil itu mudah terasa. 

Pernah suatu ketika bercakap dengan Haziq bila Haziq buat perangai, "Haziq kan budak baik, haziq abang yang baik kan?"

Laju saja tiba-tiba Aiman bertanya, "Aiman? Aiman?"
"Aiman? Aiman good boy..." kata aku sambil tersenyum kepadanya. 

0 comments: