Bicara diri

0
Sunday, March 09, 2014
Assalamualaikum wbt.

Pertamanya, agak sukar untuk aku menulis di sini kerana aku kurang gemar menulis blog tidak seperti orang lain. Walaupun dunia blog ini sudah sangat sinonim dengan diri aku sejak di alam sekolah menengah lagi kerana penulisan blog ini dahulunya memang menjadi trend dalam kalangan rakan-rakan di sekolah. Setiap orang pasti mempunyai blog dan link blog mereka akan disebarkan kepada rakan yang lain. Masing-masing berebut untuk mengisi blog sendiri dan post yang telah ditulis akan di'share' di facebook untuk bacaan rakan yang lain.


Setiap batch di sekolah juga pasti mempunyai blog batch sendiri seperti blog batch ke-12, dan segala informasi, event atau permasalahan yang berlaku akan ditulis dan dibincangkan. Kebiasaannya blog itu akan dikendalikan oleh jawatan kuasa tertinggi batch tersebut.


Namun, aku daripada dulu tetap memilih untuk menjadi 'silent reader', aku lebih suka membaca dan ber'blog walking' daripada menulis blog. Bagi aku, penulisan blog ini sangat mencabar diri dan aku sangat respect kepada mereka yang suka menulis dan memilih penulisan sebagai medium untuk bersosial dengan masyarakat. Kerana apa? Kerana orang menilai diri kita pada apa yang kita tulis. Aku tidak pandai menulis dan bermain dengan kata-kata namun aku tetap mengucapkan terima kasih kepada Sir Azzwan kerana memberikan peluang ini pada aku. Kerana sudi membaca coretan yang mungkin tidak seberapa ini.


Tiada apa yang istimewa yang boleh aku katakan tentang diri aku, aku hanyalah seorang lepasan tingkatan enam yang memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi. Kenapa mesti ekonomi? Sebab ekonomi memang subjek feveret aku ketika pra-universiti. Dan kerana ekonomi juga mengajar diri aku untuk mengenali manusia, berfikir dan bergaul dalam dunia masyarakat.


Sama-sama kita memperbaiki diri, mengecapi impian yang satu.


0 comments: