Family Umrah

0
Friday, May 30, 2014
Assalamualaikum.
Peace be upon you.

Tick tock tick tock..

Bangun pagi tadi dapat message daripada ayah, satu family dah selamat sampai di Madinah. Alhamdulillah.. Seronok kan pergi umrah ramai-ramai. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, tercapai jugak impian ibu dan ayah nak pergi umrah ramai-ramai satu family walaupun tak semua dapat pergi. Family besar sudah tentu memerlukan perancangan yang panjang. InsyaAllah, bak kata ibu, rezeki itu sentiasa ada. Percaya pada Tuhan, berdoa supaya satu hari nanti Allah akan terima kita sebagai tetamu-Nya. Mungkin bukan sekarang rezeki aku untuk menjadi tetamu-Nya, mungkin masih banyak lagi persediaan yang perlu aku buat sebelum sampai ke sana. Ya, memang dah lama aku inginkan untuk jejak kaki di sana, merasai sendiri persekitaran di sana. Tapi apakan daya, belum rezeki aku. Kalau ikutkan, memang dah merayu dengan ibu supaya dapat join sekali. Tak apa, rezeki sentiasa ada, mana tau dapat buat haji sekali hujung tahun nanti hehe.

Semoga segala urusan ibu, ayah, kakak, adik-adik, Che dan Mak Long di sana sentiasa dipermudahkan. Amin. Amin. Amin.

p/s:
Actually tujuan post ini sebagai luahan perasaan tak dapat join sebab terpaksa struggle dengan final exam. Ughhh.







0 comments:

Expectation

0
Saturday, May 24, 2014
Namanya manusia.
Tidak pernah sempurna.
Mudah lupa.

Manusia itu hanya insan biasa.
Yang sentiasa ada cacat cela dalam dirinya.
Bagaimana mampu hidup dengan harapan yang tinggi terhadap dirinya?

Manusia itu masih belajar.
Masih mencari-cari kehidupan dirinya.
Berusaha untuk berpijak pada bumi yang nyata.

Manusia itu masih lemah.
Jauh mana pun pergi, dia masih lemah.
Namun dia tetap tidak mahu kalah.

Walaupun manusia itu mudah lupa.
Dia selalu ingat, setinggi mana harapan, perlu ada batasnya.
Kerana dia tidak mahu kalah. Tidak mahu sakit.

"Expectation is the root of all heartache" - William Shakespeare


0 comments:

Happy Teacher's Day

0
Wednesday, May 21, 2014
Assalamualaikum.

Weekend lepas balik rumah, ibu tanya tak ucap selamat hari guru dekat cikgu SIGS ke?
'zzzzzzzzzzz'
Bukan tak ucap, terlupa. Yeah, that is me. Asyik tangguh-tangguh nak text cikgu, last-last tak text langsung pun. Padahal before 16 Mei tu dah beriya stand by ayat nak ucap dekat cikgu-cikgu.

Apa-apa pun,
Happy Teacher's Day shout out to all teachers out there.
Yang tak pernah mengeluh dengan keringat yang mereka telah berikan.
Hanya impikan yang terbaik untuk anak didik tanpa meminta sebarang balasan.

Selamat Hari Guru,
Untuk guru-guruku di Hidayah,
Tiada pengganti bagimu yang mendidik aku seperti anak sendiri.
Yang sentiasa bertindak sebagai emak di sekolah,
Yang sentiasa memastikan yang terbaik untuk anak didikmu.

Selamat Hari Guru,
Buat cikgu-cikguku di SIGS,
Dua tahun menjadi anak didikmu banyak mengajar aku erti hidup cabaran luar.
Bersamamu dan rakan-rakanku yang lain,
Menjadikan memori dua tahun itu memori yang paling indah dalam hidupku.

Tidak lupa jua,

Selamat Hari Guru,
Buat lecturer-lecturerku dalam perjalanan kini,
Yang sedang dan bakal membantuku mengharungi perjalanan kali ini.
Semoga perjalanan ini kian mematangkan diriku sebelum melangkah lebih jauh lagi.
Terima kasih guruku :)



0 comments:

Freedom

0
Saturday, May 10, 2014

Aku bukan lagi yang dahulu. Aku sudah besar. 
Dunia kini sudah berubah.
Aku kini berdiri di atas kaki sendiri. 
Aku sendiri yang buat keputusan.
Aku sendiri yang buat pilihan.
Aku bukan lagi hingusan.
Aku yang memerhati. Aku yang menilai.

Taliku kini sudah reput.
Sudah tiba masanya.
Cahayanya kini berada di hadapanku.
Aku sudah bisa melangkah. Terus melangkah ke hadapan.
Aku tidak mahu menunggu lagi.
Bukan mereka yang menentukan tujuan aku.

Aku yang bebas.



0 comments:

Life is a greatest lesson

1
Wednesday, May 07, 2014

"As you grow, you learn more. If you stayed at twenty-two, you'd always be as ignorant as you were at twenty-two. Aging is not decay, you know. It's growth. It's more than the negative that you're going to die, it's also the positive that you understand you're going to die, and that you live a better life because of it."

But people always say 'Oh, if I were young again.' 
You never hear people say, 'I wish I were sixty-five'

"You know what that reflects? Unsatisfied lives. Unfulfilled lives. Lives that haven't found meaning. Because if you've found meaning in your life, you don't want to go back. You want to go forward. You want to see more, do more."

But the truth is, people still want to go back.
I, myself, wish to go back, to fix everything up. But the fact is life's going on. You never come back. The past stays past. What I can do is just looking back for a lesson, so I do not repeat the same things. But still, people make mistakes. Nobody's perfect.

I wish I can go far away, learn from the other people, the other cultures. How life means to them.

But as people say,
There's still something good in everything around you if you just want to see it. And that is what I am trying to learn now.
And you too, we all do.


1 comments:

Kehilangan

0
Wednesday, May 07, 2014
#repost

Bukan mudah bila hati sering menjadi tidak keruan.
Kerna dulunya semangat tidak pernah hilang,
Sering mengingatkan diri bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kerna dulunya sabar tidak pernah menjadi penghalang,
Sering mengingatkan diri api yang marak hanya membakar diri.

Kini, sabar dan semangat jiwa hilang dibawa pergi,
Bagaikan debu ditiup angin.
Tak mampu dikesan, tak mampu dihidu.
Hati menjadi kosong.
Jiwa menjadi kosong.
Diri mudah jatuh, dikuasai fikiran negatif.
Tiada lagi kata-kata halus dari dalam diri yang mampu membangkitkan.
Sama ada memang tidak ada atau diri yang tidak pernah mahu cuba.



Tanpa disedarinya,
Masih ada yang melihat,
Masih ada yang mendengar,
Masih ada yang menyayangi,
Masih ada yang menunggu,
Masih ada yang tidak pernah lupa pada janji.
Kerana janjinya sentiasa pasti. Janji yang satu.
Janji untuk menunggu hamba-hambaNya menangis, merayu kembali padaNya.
DIA Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.


                       وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”
                                                                                                                   (Ghofir / Al Mu’min : 60)

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
 (Al-Baqarah : 186)


0 comments:

Trend Sosial Media: #Hashtag

0
Monday, May 05, 2014
Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah masuk pun bulan Mei. Masing-masing semakin busy dengan assignments, tutorial, presentations, final reversion dan sebagainya.... Puasa pun dah nak dekat ni...

Jadi minggu ni aku malas nak bebel panjang, cerita benda pendek je k? Bendanya pun simple je iaitu hashtag dalam sosial media. Pernah jumpa kan simbol '#' diikuti dengan perkataan lain. Contohnya #prayforMH370.

Kebiasaanya, hashtag banyak digunakan dalam media timeline Twitter, kemudian dibawa ke Facebook. Dalam instagram pun popular sangat penggunaan hashtag, biasa la tu jumpa hashtag panjang-panjang dalam gambar.

Tapi penggunaan hashtag sebenarnya memudahkan kita untuk search tentang sesuatu isu yang sedang trending. Contohnya macam tadi la, kalau kita nak tau apa sebenarnya MH370, apa info lanjut tentang MH370 etc, just search for #MH370 or #prayforMH370.

Penggunaan hashtag ni pun sebenarnya banyak membantu jika kita nak dapatkan info dengan lebih cepat dan ringkas. Tak kisah lah apa pun. Contohnya kalau kita nak jenjalan ke Penang, so just search #bpPenang atau #Penang untuk tahu apa yang best dekat Penang, macam mana nak pergi sana dan sebagainya. Senang je kan?

Tapi kita kena bijak dalam penggunaan hashtag ini, sebab hashtag bergantung kepada apa yang orang lain update tentang hashtag tersebut, jadi peratusan untuk percaya bergantung kepada diri sendiri. Tambah lagi, bila statement-statement yang tak ada kaitan langsung pun dengan hashtag yang dicari, haaa yang ni memang kena banyak bersabarlah. Aku sendiri pun tak faham kenapa orang suka sangat update status menggunakan hashtag. Nak berhashtag sekalipun, guna lah hashtag yang bersesuaian dan relevan.

Okay itu saja coretan untuk minggu ini.
Sekian.

0 comments: